Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Microsoft umum pembangunan pusat data serantau pertama di Malaysia sebagai sebahagian inisiatif “Bersama Malaysia”

Microsoft umum pembangunan pusat data serantau pertama di Malaysia sebagai sebahagian inisiatif “Bersama Malaysia” 9
Microsoft Corp. telah mengumumkan inisiatif “Bersama Malaysia” hari ini, satu komitmen penting untuk memperkasakan ekonomi digital terangkum Malaysia dan menggiatkan transformasi digital negara membabitkan sektor awam dan swasta.

Sebagai sebahagian daripada rancangan tersebut, Microsoft akan menubuhkan pusat data serantau (“datacenter region”) pertamanya di negara ini untuk menyediakan perkhidmatan awan yang boleh diyakini di dalam negara, dengan tahap keselamatan data dan privasi bertaraf dunia di samping keupayaan menyimpan data di dalam negara.

Microsoft juga mengumumkan rancangan untuk meningkatkan kemahiran untuk 1 juta lagi rakyat Malaysia menjelang akhir 2023 dalam usaha membuka peluang ekonomi bagi insan dan perniagaan dalam era digital.
Microsoft umum pembangunan pusat data serantau pertama di Malaysia sebagai sebahagian inisiatif “Bersama Malaysia” 10

Akhirnya, Microsoft akan membentuk MyDigital Alliance Leadership Council untuk sama-sama mengemukakan cadangan bagi merangka dasar ‘cloud-first’ (mendahulukan awan) dan ‘digital-native’ (asli digital).

 Pengumuman hari ini merupakan satu mercu jaya penting dalam sejarah 28 tahun Microsoft bertapak di negara ini dan menyokong matlamat MyDigital Kerajaan Malaysia untuk mengubah negara menjadi pemimpin serantau dalam ekonomi digital.

Menurut kajian IDC, pelaburan Microsoft di Malaysia akan membantu menjana sehingga USD 4.6 bilion dalam hasil baharu sepanjang tempoh empat tahun akan datang dalam ekosistem rakan-rakan kerjasama tempatan dan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan awan di negara ini.
Microsoft umum pembangunan pusat data serantau pertama di Malaysia sebagai sebahagian inisiatif “Bersama Malaysia” 11

Tambahan lagi, kajian tersebut menganggarkan bahawa Microsoft dan rakan-rakan kerjasama serta pelanggan yang menggunakan awan akan bersama-sama mencipta 19,000 peluang pekerjaan secara langsung atau tidak langsung.

Microsoft akan menubuhkan pusat data serantau (“datacenter region”) pertama di persekitaran Kuala Lumpur (“Greater Kuala Lumpur”), dan menyediakan capaian kepada kemudahan Microsoft Could serba lengkap, yang termasuk:

Microsoft Azure, yang membolehkan sesiapa sahaja mereka cipta dengan tujuan khusus menggunakan perkhidmatan dan keupayaan awan merangkumi perkomputeran, perangkaian, pangkalan data, analitik, AI dan Internet Benda (Internet of Things – IoT);

Microsoft 365, untuk berhubung, bekerjasama, bekerja secara jarak jauh dan belajar di dalam talian dengan alat produktiviti inovatif;

Dynamics 365 dan Power Platform, untuk membina dan menguruskan penyelesaian perusahaan kritikal yang boleh diskala, dengan aplikasi perniagaan pintar.

Microsoft umum pembangunan pusat data serantau pertama di Malaysia sebagai sebahagian inisiatif “Bersama Malaysia” 12

 Selain itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia, Microsoft komited untuk melengkapkan individu dengan kemahiran dan peluang saksama untuk berkembang maju dalam ekonomi digital berasaskan awan dan AI.

Untuk mencapai matlamat ini, Microsoft akan memahirkan seramai 1 juta lagi rakyat Malaysia menjelang Disember 2023.

Antaranya termasuk usaha yang dilaksanakan bersama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Junior Achievement Malaysia, TalentCorp Malaysia, MAMPU, Grab Malaysia, Biji-Biji Enterprise dan universiti-universiti tempatan untuk memberi manfaat kepada rakyat dari semua latar belakang sosioekonomi, termasuk dewasa muda dan orang kelainan upaya.

Komitmen ini ialah susulan kepada inisiatif kemahiran global Microsoft yang dilaksanakan sejak Julai 2020, yang telah memberi manfaat kepada 110,000 rakyat Malaysia setakat ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.