Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer riba Microsoft Surface Laptop 3 dan Surface Pro 7 kini Malaysia dengan harga dari RM 4,499

Microsoft Surface Laptop 3 Malaysia
Microsoft secara rasminya telah memperkenalkan komputer riba premium Microsoft Surface Laptop 3 dan Surface Pro 7 ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan bermula dari serendah RM 4,499.

Portfolio produk terbaru Surface ini hadir ke pasaran dengan asas menawarkan produktiviti mudah alih kepada pengguna.

Surface Laptop 3 Malaysia Pricr

Bercakap mengenai Surface Laptop 3, ianya mengekalkan reka bentuk ikonik Surface yang nipis dan ringan namun kini hampir 2 kali lebih pantas dengan multitasking yang pantas dan grafik yang ditambahbaik.

Surrface Laptop 3 hadir didalam dua saiz skrin iaitu 13.5-inci dan 15-inci.

Surface Laptop 3 13.5-inci hadir dengan pemproses generasi ke-10 Intel Core i5 atau Core i7 dengan pilihan 8GB atau 16GB RAM manakala storan dalaman SSD hadir didalam dua kapasiti iaitu 128GB atau 256GB.

Surface Laptop 3 15-inci

Surface Laptop 3 15-inci pula hadir dengan satu pilihan pemproses iaitu AMD Ryzen 5 3580 dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman SSD.

Surface Laptop 3 hadir didalam dua pilihan warna iaitu Matte Black dan Platinum dengan berat bagi komputer riba 13-inci adalah sekitar 1,228-1,265 gram manakala model 15-inci mempunyai berat 1,542gram.

Surface Laptop 3 juga hadir dengan bateri yang mampu bertahan sehingga satu hari dan terdapat juga sokongan pengecasan pantas yang mampu mengecas komputer riba ini ke tahap 80% dalam masa satu jam sahaja.

Surface Pro 7

Beralih kepada Surface Pro 7 pula, ianya telah direka semula dari luaran dan dalaman yang menjadikanya hampir 2.3 kali ganda lebih pantas daripada generasi yang lalu.

Surface Pro 7 kini hadir didalam dua pilihan warna iaitu Black dan Platinum dengan aksesori seperti Surface Pro Signature Type Cover, tetikus Surface Arc Mouse dan Surface Pen yang hadir didalam beberapa pilihan warna menarik.

Surface Pro 7 juga hadir dengan teknologi pengecasan pantas, mod Instant On dengan skrin paparan PixelSense 12.3-inci pada berat keseluruhan 775 gram sahaja.

Berikut adalah senarai penuh semua harga bagi Surface Laptop 3, Surface Pro 7 dan aksesori sampingan.

Surface Laptop 3

13.5- inci – Intel Core i5 | 128GB SSD | 8GB (Platinum) – RM 4,499

13.5- inci – Intel Core i5 | 256GB SSD | 8GB (Matte Black) – RM 5,699

13.5- inci – Intel Core i7 | 256GB SSD | 16GB (Matte Black) – RM 7,099

15-inci – AMD Ryzen 5 3580 U | 256GB SSD | 8GB RAM (Matte Black) – eksklusif di Harvey Norman untuk 2 bulan pertama penjualan

Surface Pro 7 12.3-inci

Intel Core i5 | 128GB SSD | 8GB (Platinum) – Harga belum ditentukan – Januari 2020

Intel Core i5 | 256GB SSD | 8GB (Platinum dan Matte Black) – RM 5,499

Intel Core i7 | 256GB SSD | 16GB (Matte Black) – RM 6,799

Intel Core i7 | 512GB SSD | 16GB (Matte Black) – RM 8,299

Aksesori

Surface Arc Mouse – RM 339

Surface Pen – RM 399

Singnature Type Cover untuk Surface Pro 7 – RM 639

Kesemua produk Microsoft Surface ini kini boleh didapati melalui wakil penjual sah komersial di Malaysia iaitu Prestriang dan Software One atau melalui wakil penjual sah seperti All IT, Gizmart by PC Image, Gloo by SNS, Harvey Norman, Lazada, Senheng, Shopee dan TMT by Thundermatch.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.