Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Surface Laptop Go kini di Malaysia pada harga dari RM 2,758


Microsoft secara rasminya telah mengumumkan
 bahawa komputer riba Surface Laptop Go kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga yang bermula daripada RM2,758 sahaja.

Surface Laptop Go menjanjikan keseimbangan sempurna antara gaya, prestasi dan hayat bateri dalam komputer riba Surface yang paling ringan dan termampu setakat ini

Surface Laptop Go mempunyai skrin sentuh PixelSense berukuran 12.4-inci , pad penjejak jitu yang besar dan papan kunci saiz penuh dengan pergerakan kekunci 1.3mm untuk pengalaman menaip yang tepat dan selesa. 

Untuk log masuk yang pantas dan selamat, model tertentu Surface Laptop Go juga mempunyai Butang Kuasa Cap Jari (Fingerprint Power Button) dengan kaedah  log masuk One Touch menerusi Windows Hello.


Log masuk (One Touch sign-in) juga menyediakan akses lebih pantas dan selamat kepada fail dalam OneDrive Personal Vault dan banyak lagi, supaya pengguna boleh bermula dengan pantas dan bekerja secara produktif.

Surface Laptop Go dikuasakan dengan pemproses Intel Generasi Ke-10 i5 Quad-Core, dengan RAM sehingga 16GB dan simpanan 256GB.

Setiap konfigurasi ini juga dioptimumkan untuk prestasi dan hayat bateri.

Semua konfigurasi Surface Laptop Go termasuk model peringkat asas terasa cepat dan tampak bergaya, mengambil kesempatan penuh daripada pengalaman hubungan awan seperti Microsoft 365 dan simpanan dalam talian.

Berbekalkan hayat bateri sehingga 13 jam serta pengecasan pantas, peranti serba canggih ini mampu memenuhi keperluan pengguna sepanjang hari.

Selain itu, Surface Laptop Go mempunyai kamera 720p HD sedia terbina dan mikrofon Studio Mics, membolehkan rakan sekelas dan rakan sekerja melihat dan mendengar satu sama lain dengan jelas.

Speaker Omnisonic dan Dolby® Audio mengelilingi pengguna dengan bunyi yang luar biasa – sama ada semasa membuat panggilan video, menonton wayang, mendengar muzik dan banyak lagi.

Untuk memudahkan sambungan, terdapat pangkalan USB-A dan USB-C, jak audio dan penyambung bagi Surface.

Surface Laptop Go kini boleh didapati secara di Malaysia menerusi wakil penjual sah komersial seperti SoftwareONE dan Prestariang Systems Sdn Bhd, dan juga peruncit sah seperti All IT, Gloo by SNS, Harvey Norman, Lazada-Microsoft Authorised store, PC Image, Senheng, Shopee-Microsoft Authorised store dan TMT by Thundermatch.

Berikut adalah harga penjualan Microsoft Surface Go di Malaysia :

10th Gen Intel® Core i5, 4GB RAM, 64GB eMMC – RM 2,758 

10th Gen Intel® Core i5, 8GB RAM, 128GB SSD – RM 3,388 ( RM 3,780 – Surface untuk Perniagaan)

10th Gen Intel® Core i5, 8GB RAM, 256GB SSD – RM 4,288 (RM 4,561 – Surface untuk Perniagaan)

10th Gen Intel® Core i5, 16GB RAM, 256GB SSD – RM 5,416 – Surface untuk perniagaan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.