Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus umumkan harga baru bagi ZenFone Max Plus dan 2 Model ZenFone 4 Max

Susulan pelancaran Asus ZenFone Max Pro M1 di Malaysia yang telah mendapat sambutan amat menggalakan sehingga habis stok bagi pra-tempahan habis.

Asus Malaysia kini telah mengumumkan pengurangan harga bagi tiga model telefon pintar siri Max sebelum ini iaitu Asus ZenFone Max Plus M1,  Asus ZenFone 4 Max Pro dan Asus ZenFone 4 Max.

Asus ZenFone Max Plus M1 yang dilancarkan penghujung tahun lalu pada harga RM 749 kini ditawarkan pada harga RM 649 iaitu dengan penjimatan sebanyak RM 100.

Asus ZenFone Max Plus M1 adalah telefon pintar pertama Asus untuk hadir dengan skrin paparan fullview namun dengan resolusi HD+ sahaja.

Asus ZenFone 4 Max Pro pula kini ditawarkan pada harga RM 599 sahaja berbanding harga penjualan sebelum ini iaitu RM 659 iaitu pengurangan sebanyak RM 60 manakala ZenFone 4 Max ditawarkan pada harga RM 499 sahaja ( pengurangan dari RM 565).

Dengan pengurangan harga ini, kesemua produk didalam siri Asus Max mempunyai harga yang lebih kompetetif.

Menyentuh sedikit mengenai Asus ZenFone Max Pro M1 yang dilancarkan minggu lalu, sebanyak tiga versi ditawarkan di Malaysia dengan harga serendah RM 599 ( melalui penjualan khas di Lazada) dan hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar bateri 5,000mAh paling kompak didunia.

Anda boleh membaca ulasan Asus ZenFone Max Pro M1  yang boleh dikatakan sebagai antara calon telefon pintar mampu milik terbaik bagi tahun 2018.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.