Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus mengesahkan penawaran Android Oreo bagi 5 model ZenFone

Asus Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Android Oreo bagi beberapa telefon pintar Asus ZenFone.

Asus Malaysia telah memberikan pengesahan rasmi bahawa 5 model Asus ZenFone akan mula menerima kemaskini Android 8.0 Oreo mulai penghujung bulan ini.

Asus ZenFone 3 Max (ZC553KL) akan menjadi telefon pintar pertama untuk menerima kemaksini Android Oreo pada penghujung bulan Jun 2018 diikuti 4 model lain pada bulan Julai 2018.

Asus ZenFone Max Pro M1 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 699 sahaja

Tiga daripada empat model Asus yang akan menerima kemaskini Android Oreo pada bulan Julai adalah dibawah siri Max iaitu ZenFone 3 Max, ZenFone 4 Max, ZenFone Max Plus M1 dan ZenFone 3 Laser.

Walaupun baru melancarkan Asus ZenFone Max Pro M1  dan ZenFone 5 ke pasaran Malaysia  baru-baru ini, Asus masih komited untuk menawarkan kemaskini terkini bagi model-model lama Asus tanpa sebarang kompromi.

Comments

comments