• Home »
  • Asus »
  • Telefon pintar gaming Asus ROG mungkin dilancarkan bulan hadapan

Telefon pintar gaming Asus ROG mungkin dilancarkan bulan hadapan

*gambar sekadar hiasan

Asus dilaporkan akan menjadi satu lagi pengeluar telefon pintar yang bakal mencuba nasib didalam pasaran telefon pintar pro gaming.

Asus dijangka akan mengeluarkan telefon pintar gaming mereka dibawah jenama Republic Of Gamers (ROG) yang juga merupakan nama bagi siri komputer gaming mereka.

Jika benar, Asus akan menjadi satu lagi pengeluar telefon pintar gaming selepas Razer dan Xiaomi yang mengelaurkan Razer Phone dan Xiaomi Black Shark.

Walaupun tidak disahkan secara rasmi , ianya sesuatu yang logik untuk Asus melancarkan telefon pintar gaming mereka dibawah nama ROG.

Walaupun tidak mempunyai sebarang maklumat spesifkasi, telefon pintar Asus ROG ini dijangka akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dan dipadankan dengan 8GB yang menjadikanya sebagai kombinasi pemproses dan RAM terbaik untuk peranti gaming.

Telefon pintar Asus ROG dikatakan akan diperkenalkan di Computex 2018 yang akan berlangsung pada 5-9 Jun 2018.

Apa pun harga penjualan telefon pintar gaming Asus ROG sudah pastinya akan menjadi faktor utama kejayaan dan kegalan telefon pintar ini.

Comments

comments

Share