Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar gaming Xiaomi Black Shark kini dibuka untuk tempahan di Malaysia

Telefon pintar ‘gaming’ anak syarikat Xiaomi iaitu Black Shark yang dilancarkan beberapa minggu lalu kini sudah mula dibuka untuk tempahan di Malaysia melalui pengedar Mobile 2 Go namun harus kami nytakan bahwa ianya adalah versi import yang tidak mempunyai waranti rasmi.

Telefon pintar Black Shark ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dan bateri berkapasiti 4,000mAh ( dengan Quick Charge 3.0).

Bercakap mengenai spesifikasi yang dimiliki oleh telefon pintar Black Shark, ianya hadir dengan skrin paparan IPS LCD 18:9 berukuran 5.99-inci ( resolusi Full HD+), pemproses Snapdragon 845 dan GPU Adreno 630.

Bagi memastikan prestasi telefon pintar gaming ini yang optimum, Xiaomi turut menyertakan teknologi cecair penyejukan yang mampu menurunkan suhu CPU sebanyak 8° darjah berbanding suhu asal.

Bercakap mengenai RAM dan memori simpanan dalaman, Black Shark ditawarkan didalam dua konfigurasi iaitu 6GB + 64GB dan 8GB + 128GB.

Cip pemprosesan imej yang digunakan adalah dibekalkan oleh MEMC yang menghasilkan warna yang lebih tepat dan prestasi yang lebih lancar.

Telefon pintar gaming Black Shark ini hadir dengan satu pembesar suara namun dengan teknologi Biso Stereo.

Telefon pintar Black Shark ini juga mempunyai rangka berbentuk X bagi memberikan cengkaman yang lebih kukuh dan rangka ini turut digunakan sebagai antenna.

Black Shark turut melancarkan pad permainan Bluetooth seperti Nintendo Switch yang mempunyai bateri berasingan berkapasiti 340mAh.

Black Shark juga hadir dengan sistem operasi Android Oreo dengan Joy UI.

Bercakap mengenai kamera pula, telefon pintar gaming ini memiliki tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu 12MP + 20MP manakala kamera selfie adalah 20MP.

Telefon pintar Black Shark ini hadir didalam dua warna iaitu hitam dan kelabu dengan harga penjualan seperti berikut :

Versi 6GB/64GB – RM 2,599

Versi 8GB/128GB – RM 2,999

Stok dijangka akan tiba pada 26 April ini  dan ianya turut hadir dengan pad permainan Bluetooth Black Shark secara percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan telefon pintar Black Shark anda boleh lihat pada pautan ini > Pra-tempah Xiaomi Black Shark Mobile 2 Go

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.