Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Max Pro M1 disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 31 Mei ini

Asus Malaysia telah mengesahkan bahawa Asus ZenFone Max Pro M1 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 31 Mei ini.

Pelancaran Asus ZenFonw Max Pro M1 di Malaysia tiba selepas pelancaran di India dan Indonesia penghujung bulan lalu.

Asus ZenFone Max Pro M1 ini akan hadir dengan skrin paparan 18:9  berukuran 6.0-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Qualcomm Snapdragon 636, sehinggga 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan tiga slot kad yang menempatkan dua SIM dan satu kad microSD.

Selain itu, Asus ZenFone Max Pro M1 ini juga akan memiliki sensor capjari dibahagian belakang, tetapan dwi-kamera , sistem operasi Android 8.1 Oreo yang asli, pembesar suara “5 magnet speaker technology dengan Smart AMP” dan sokongan rakaman video 4K UHD.

Selain itu, Asus ZenFone Max Pro M1 ini dijangka akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan diharapkan juga akan mempunyai sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge yang mampu menawarkan jangka hayat selama 12 jam.

Bercakap mengenai bahagian kamera, Asus ZenFonw Max Pro M1 ini memiliki tetapan kamera utama 16MP + 5MP manakala kamera selfie adalah 5MP. Kedua-dua kamera ini menyokong pengambilan gambar bokeh.

Asus ZenFone Max Pro M1 dijangka akan mempunyai harga penjualan yang amat berpatutan iaitu sekitar RM 1,000.

Asus ZenFone Max Pro M1 dijangka akan menjadi pencabar utama kepada model Xiaomi Redmi Note 5 yang turut hadir dengan pemproses Snapdragon 636 dan kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Asus Malaysia juga kini mengadakan satu pertandingan yang mana sebanyak 30 unit Asus ZenFone Max Pro M1 sedia untuk dimenangi.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini anda boleh lihat pada pautan ini > Asus ZenFone Max Pro M1 Contest

Comments

comments