Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 6 32GB kini hanya RM 1,299

Apple iPhone 6 (32GB) yang ditawarkan di pasaran Malaysia kira-kira setahun lalu kini mendapat pengurangan harga tambahan kepada RM 1,299 selepas sebelum ini dijual pada harga RM 1,499.

Dengan pengurangan terbaru ini, harga penjualan Apple iPhone 6 telah menyaksikan pengurangan sebanyak RM 700 sejak dilancarkan.

Apple iPhone 6 versi 32GB ini adalah model yang dilancarkan tahun lalu walaupun iPhone 6 adalah model yang dilancarkan kira-kira tiga tahun lalu ( ketika pelancaran hanya versi 16GB,64GB dan 128GB sahaja ditawarkan).

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, Apple iPhone 6 ini dilengkapi dengan skrin 4.7-inci Retina HD,  cip pemprosesan Apple A8, kamera utama 8-megapixel, bateri berkapasiti 1,810 mAh dan mempunyai capjari  Touch ID.

Apple iPhone 6 (32GB) ini boleh dibeli melalui wakil penjual sah produk Apple seperti Machines. Switch dan Mac City.

Comments

comments