Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis kini menawarkan Apple iPhone X melalui pelan Zerolution

Maxis kini menawarkan Apple iPhone X melalui pelan Zerolution 1

Beberapa bulan lalu Maxis telah membuat pengumuman bahawa peranti Apple iPhone tidak akan lagi ditawarkan melalui program pembelian Maxis Zerolution.

Walaubagaimanapun, Maxis kini sudah mula menawarkan Apple iPhone melalui program pemilikan ini namun dengan terma dan ciri yang sedikit berlainan berbanding apa yang kita tahu mengenai Maxis Zerolution ini.

Maxis Zerolution adalah pelan yang membolehkan pelanggan membeli mana-mana boleh telefon pintar tanpa membuat sebarang pembayaran ketikan pembelian dan terdapat juga pilihan untuk menggantikanya kepada model telefon pintar yang baru 12 bulan kemudian.

Walaubagaimanapun, bagi Apple iPhone X yang ditawarkan melalui Maxis Zerolution, anda tidak mempunyai pilihan untuk menggantikan peranti ini selepas 12 bulan dan anda juga perlu melanggan kepada ‘easy payment plan (EPP)’ menggunakan kad kredit.

Pembayaran semula peranti akan bermula serendah RM 134 sebulan bagi iPhone X dan terdapat tiga jenis pelan pascabayar yang ditawarkan iaitu MaxisOne 188, Maxis One 158 dan Maxis One 128 dengan kontrak 24-bulan.

Berikut adalah senarai penuh pelan yang ditawarkan untuk Apple iPhone X melalui Maxis Zerolution :

Maxis kini menawarkan Apple iPhone X melalui pelan Zerolution 2 Maxis kini menawarkan Apple iPhone X melalui pelan Zerolution 3

maklumat lanjut di Maxis

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.