Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Perkakas OtterBox iPhone X kini ditawarkan di Malaysia

Siri Symmetry Apple iPhone X

Kami telah melaporkan penawaran perkakas perlindungan premium OtterBox bagi iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X di pasaran Malaysia beberapa hari lalu dan kini senarai penuh perkakas iPhone X turut mula ditawarkan.

Perkakas OtterBox bagi Apple iPhone X hadir didalam beberapa siri yang dikenali sebagai siri Symmetry, siri Defender, siri Commuter dan siri Symmetry Transparent.

Siri Symmetry Transparent & Commuter iPhone X

Kesemua siri perkakas perlindungan OtterBox ini mempunyai fungsi dan tahap perlindungan yang tertentu dan juga memberikan anda ketenangan fikiran sekiranya kejadian tidak diingi berlaku.

Kesemua perkakas OtterBox bagi Apple iPhone X ini boleh dibeli melalui laman sesawang rasmi OtterBox Asia.

Siri Defender Apple iPhone X

Selain itu, OtterBox juga mempunyai stor rasmi di Lazada Malaysia namun perkakas ini masih belum ditawarkan.

Melindungi Apple iPhone X adalah menjadi satu kemestian memandangkan reka bentuk telefon pintar ini yang berasaskan gelas dan sudah pasti tidak mahu kejadian iPhone X pecah seperti yang kami laporkan berulang.

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.