Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OtterBox kini menawarkan perkakas perlindungan terbaik bagi Galaxy S9 dan Galaxy S9+

Apabila anda memikirkan tentang soal perlindungan telefon pintar, OtterBox sudah pastinya antara nama yang akan terlintas difikiran anda.

OtterBox boleh dikatakan sebagai antara syarikat yang mendedikasikan segala tenaga kerja mereka untuk menawarkan perkakas telefon pintar yang melindungi telefon pintar anda yang berharga hampir ribuan ringgit.

Dengan pelancaran Galaxy S9 dan Galaxy S9+, OtterBox sekali lagi tampil dengan menawarkan perkakas perlindungan telefon pintar yang menyeluruh.

OtterBox menawarkan 17 pilihan perkakas bagi Galaxy S9 dan Galaxy S9+ yang ditawarkan didalam siri Pursuit Series, Symmetry Series, Symmetry Series Clear, Symmetry Series Graphics, Defender Series edisi tanpa skrin dan Commuter Series.

Selain itu, anda juga boleh melengkapkan perlindungan dengan menggunakan gelas perlindungan skrin OtterBox Alpha Glass.

Kami juga telah menerima perkakas OtterBox Pursuit Series bagi Samsung Galaxy S9 dan rekaan perkakas ini adalah sangat teliti dengan fokus untuk menawarkan perlindungan maksima dari keadaan yang tidak diingini.

Walaupun menggunakan plastik, rangka luaran perkakas OtterBox ini adalah amat kukuh dan keras dengan jaminan tidak akan memberikan sebarang kesan kepada peranti.

Potongan untuk kamera juga sangat teliti dan akan melindungi lensa kamera.

OtterBox siri Pursuit bagi Galaxy S9 dan Galaxy S9+ juga hadir dengan perlindungan menyeluruh bagi butang-butang peranti selain slot USB-C dan audio jack 3.5mm yang turut mempunyai penutup.

OtterBox Pursuit ini ditawarkan pada harga $69.95 bagi Galaxy S9 dan $79.95 bagi Galaxy S9+ di www.otterbox.asia atau juga boleh dibeli di stor atas talian rasmi OtterBox di Lazada Malaysia pada harga RM 319 (Galaxy S9) atau RM 339 bagi Galaxy S9+.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.