Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Casing OtterBox Symmetry iPhone 12 Pro Max – Terbaik Pada Harga Mesra Poket

Casing premium OtterBox untuk siri Apple iPhone 12 kini ditawarkan di Malaysia

Siri Apple iPhone 12 yang terdiri daripada 4 model iPhone telah mula ditawarkan di Malaysia sejak pertengahan bulan ini dengan harga penjualan dari RM 3,899.

Model iPhone 12 yang dilancarkan tahun ini menampilkan reka bentuk yang premium dengan pengunaan gelas pada bahagian belakang.


Walaupun didakwa sebagai panel gelas paling kukuh yang pernah digunakan pada telefon pintar, adalah satu risiko yang amat besar untuk anda menggunakan telefon pintar ini tanpa sebarang bekas perlindungan.

Selain itu, terdapat juga pengguna yang memilih untuk menggunakan casing murah sebagai syarat untuk melindungi telefon pintar mereka yang bernilai ribuan ringgit ini.

Walaupun tidak menjamin 100% keselamatan telefon pintar anda, OtterBox merupakan antara pengeluar casing yang mendapat kepercayaan pengguna pada peringkat global.

OtterBox telah mengumumkan penawaran casing bagi semua model iPhone 12 yang kini lebih mesra alam dan menawarkan perlindungan telefon pintar yang lebih menyeluruh dan telah melalui ujian ketahanan yang menyamai piawaian ketenteraan.

OtterBox Asia telah berbesar hati untuk membekalkan kami casing terbaru mereka dan berikut adalah ulasan OtterBox Symmetry bagi iPhone 12 Pro Max.

Symmetry Series adalah casing ramping dan bergaya dan terdapat dalam pilihan yang jernih, grafik serta berwarna-warni.

Casing Symmetry iPhone 12 Pro Max yang dibekalkan kepada kami adalah didalam warna hitam yang mana panel belakang casing ini hadir dengan kemasan kasar yang memberikan cengkaman ketika anda menggunakan Apple iPhone anda.

Selain itu, Casing OtterBox Symmetry ini tidak terlalu tebal sehingga menyebabkan ergonomik dan keselesaan pengunaan terjejas.


Walaubagaimanapun ketinggian casing OtterBox ini adalah melebihi permukaan skrin dan kamera yang memastikan bahawa integriti kedua-dua komponen utama sentiasa terlindung walaupun apabila berlaku jatuhan.

reka bentuk Casing OtterBox Symmetry yang nipis ini juga memastikan ianya mesra poket dan ini termasuk bagi seluar jeans dengan saiz poket yang lebih kecil berbanding seluar lain.


Walaupun casing OtterBox Symmetry ini menawarkan perlindungan yang kukuh, OtterBox memastikan bahawa setiap butang yang terdapat pada peranti adalah responsif dan mudah untuk ditekan seperti tidak memakai casing.

Casing OtterBox Symmetry ini tidak menutup lubang-lubang pengecasan dan gril pembesar suara yang mungkin akan menyebabkan kemasukan habuk ke bahagian dalam casing namun perkara ini boleh diatasi dengan melakukan pembersihan dari semasa ke semasa.

Jika anda lebih berminat dengan casing yang menutup semua port pada telefon pintar, casing OtterBox didalam Siri Defender menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh.

Selain itu, Casing OtterBox Symmetry dan kesemua casing yang dikeluarkan OtterBox adalah sesuai untuk dipakai oleh peranti 5G selain bagi pengecasan tanpa wayar.


Akhir sekali, casing OtterBox Symmetry bagi iPhone 12 Pro Max ternyata memberikan anda satu pakej perlindungan peranti yang baik dan lebih penting tanpa menjejaskan ergonomik pengunaan harian.

Anda kini boleh mendapatkan casing OtterBox Symmetry ini pada harga RM 189 sahaja di stor OtterBox Malaysia di Lazada atau di OtterBox.Asia

Casing OtterBox Symmetry boleh didapati didalam beberapa pilihan warna iaitu Early Grey, Rock Candy, Cake Pop dan Black.

 

SERTAI PERADUAN GIVEAWAY KAMI UNTUK MEMENANGI CASING OTTERBOX SECARA PERCUMA :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.