Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OtterBox kini menawarkan case tahan lasak untuk siri Apple iPhone 11 di Malaysia


OtterBox kini menawarkan case tahan lasak untuk siri Apple iPhone 11 di Malaysia

Inovasi telefon pintar Apple pada tahun ini menyaksikan syarikat Cupertino ini melancarkan tiga model iPhone iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

iPhone 11 kini merupakan model paling murah dalam senarai iPhone tahun ini manakala model iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max kini lebih seiras dengan perbezaan hanya pada skrin dan bateri.

Apabila pengguna membuat keputusan untuk membuat pilihan telefon pintar terbaru mereka, perkara pertama yang akan terlintas difikiran mereka adalah bekas atau case yang akan memberikan memberikan perlindungan maksima kepada telefon pintar baru mereka.

Untuk itu, pengeluar bekas telefon pintar tahan lasak yang terkemuka didunia iaitu OtterBox kini telah mengumumkan penawaran bekas tahan lasak pelbagai tahap yang memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.

Sebelum ini, portfolio bekas perlindungan OtterBox terbahagi kepada 4 siri iaitu siri Symmetry, siri Defender, siri Strada dan siri Commuter. Namun tahun ini, OtterBox telah menambah satu lagi rangkaian bekas yang dikenali sebagai Otter + Pop.

Berikut adalah sedikit penjelasan mengenai setiap siri bekas perlindungan yang ditawarkan oleh OtterBox.

Otterbox iphone 11 series symmetry case

Siri Symmetry menawarkan perlindungan daripada jatuhan harian dengan bekas yang nipis namun masih boleh dipercayai. Siri Symmetry kini hadir dengan pelbagai reka bentuk yang lebih trendy dan grafik yang sesuai mengikut keperluan anda.

Otterbox defender iphone 11 pro

Siri Defender merupakan bekas yang memberikan perlindungan maksima termasuk ketika melakukan akviti lasak kegemaran anda. Siri Defender juga kini hadir didalam warna dan grafik baru yang lebih menarik.

Siri Strada pula adalah bekas yang lebih premium dan mewah dengan kemasan seperti dompet berasaskan kulit. Reka bentuk folio bekas ini memberikan perlindungan kepada skrin daripada calar dan ianya juga mempunyai ruang untuk menyimpan kad kredit dan IC.

Siri Commuter pula hadir dengan rangka luar yang keras dengan dalaman yang berasaskan silikon. Ini memberikan perlindungan dari jatuhan, lekukan tidak kira dimana anda berada.

Amplify pula adalah gelas gentian yang melindungi gelas asal Apple iPhone dari calar dan retakan. Gelas ini telah dikeluarkan dengan kerjasama Corning dan ianya adalah 5 kali ganda lebih kalis calar.

Selain itu, tahun ini menyaksikan Apple menambah satu lagi siri bekas OtterBox yang dikenali sebagai Otter+Pop.

Otter + pop iphone 11

Otter+Pop adalah satu panel pada belakang bekas perlindungan yang memberikan anda pengunaan yang lebih mudah ketika menonton video mahupun memegang peranti. PopGrip ini boleh ditekan keluar apabila diperlukan.

Otter + Pop ini ditawarkan pada Siri Symmetry dan Siri Defender dengan pilihan untuk menukar PopTop mengikut citarasa.

Bekas OtterBox bagi Apple iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max kini boleh didapati dipasaran Malaysia melalui Switch Malaysia ataupun Urban Republic.

Selain itu, anda juga boleh mendapat bekas OtterBox ini melalui stor atas talian rasmi OtterBox Malaysia di Lazada atau Shopee.

Harga penjualan bekas-bekas premium yang ditawarkan oleh OtterBox ini adalah sekitar RM 100-RM 300 dan pada pendapat kami ianya adalah satu pelaburan yang sangat berbaloi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.