Vivo V7 dilancarkan secara rasmi di Malaysia

 

Selepas melancarkan Vivo V7+ ke pasaran Malaysia , Vivo kini telah memperkenalkan model Vivo V7 yang memiliki skrin paparan 18:9 dan teknologi kamera selfie 24MP. 

Walaupun memiliki skrin 18:9, Vivo V7 hadir dengan skrin paparan IPS LCD 5.7-inci yang mempunyai resolusi HD+ 1440 x 720 piksel.

Selain itu, Vivo V7 memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 450 berkelajuan 1.8GHz, 4GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan slot tiga kad yang menyokong dua nano-SIM dan satu kad microSD.

Selain kamera selfie 24MP dihadapan, Vivo V7 juga hadir dengan kamera utama 16MP yang memiliki aperture f/2.0 dan menawarkan pengambilan gambar potrait.

Selain itu , Vivo V7 juga memiliki bateri berkapasiti 3,000mAh dan beroperasi diatas UI Funtouch 3.2 ( berasaskan Android 7.1 Nougat).

Vivo V7 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan emas dengan harga penjualan RM 1, 299 dan tempahan kini dibuka di Lazada Malaysia 

Anda juga boleh mula membeli Vivo V7 ini melalui wakil penjual sah diseluruh Malaysia mulai 25 November.

 

Comments

comments

Share