Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X20 Edisi Piala Dunia FIFA Rusia 2018 diumumkan secara rasmi

Pengeluar telefon pintar China sebelum ini telah mengesahkan bahawa mereka telah memeterai perjanjian dengan badan induk bola sepak dunia FIFA bagi tempoh 6 tahun termasuk bagi dua kejohanan piala dunia yang akan berlangsung di Rusia pada 2018 dan di Qatar pada tahun 2022.

Hasil kerjasama pertama antara Vivo dan FIFA adalah Vivo X20 edisi khas piala dunia yang telah diperkenalkan di undian peringkat kumpulan Piala Dunia yang telah diadakan di Moscow, Rusia pada 1 Disember yang lalu.

Vivo X20 edisi piala dunia FIFA adalah sama seperti model X20 yang biasa bamun terdapat logo piala dunia FIFA 2018 Rusia dibahagian belakang peranti.

Vivo X20 Piala Dunia FIFA ini akan digunakan oleh semua pegawai yang bertugas di kejohanan itu yang akan berlangsung dari 14 Jun sehingga 15 Julai 2018.

Vivo tidak mengumumkan sebarang maklumat samada telefon pintar edisi Piala Dunia FIFA akan dijual di pasaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.