• Home »
  • Vivo »
  • VIVO V7 dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie 24MP

VIVO V7 dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie 24MP

Selepas melancarkan Vivo V7+ ke pasaran beberapa bulan lalu, Vivo telah memperkenalkan model Vivo V7 yang memiliki skrin paparan 18:9 dan teknologi kamera selfie 24MP.

Walaupun memiliki skrin 18:9, Vivo V7 hadir dengan skrin paparan IPS LCD 5.7-inci yang mempunyai resolusi HD+ 1440 x 720 piksel.

Selain itu, Vivo V7 memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 450 berkelajuan 1.8GHz, 4GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan slot tiga kad yang menyokong dua nano-SIM dan satu kad microSD.

Selain kamera selfie 24MP dihadapan, Vivo V7 juga hadir dengan kamera utama 16MP yang memiliki aperture f/2.0 dan menawarkan pengambilan gambar potrait.

Selain itu , Vivo V7 juga memiliki bateri berkapasiti 3,000mAh dan beroperasi diatas UI Funtouch 3.2 ( berasaskan Android 7.1 Nougat).

Vivo V7 kini telah mula ditawarkan di pasaran Indonesia mulai 19 November dan akan memasuki pasaran Malaysia pada 22 November ini.

Vivo V7 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan emas.

Comments

comments

Share