Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nubia Z17 akan tiba di Malaysia pada bulan Ogos 2017

Pada Pelancaran Nubia di Malaysia sebentar tadi, Nubia Malaysia telah mengesahkan bahawa peranti utama mereka yang baru dilancarkan awal bulan ini iaitu Nubia Z17 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Nubia Z17 yang memiliki 8GB RAM dan teknologi dwi-kamera dijangka akan tiba ke pasaran tempatan pada bulan Ogos 2017.

Terus kepada spesifikasi, Nubia Z17 ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci (tanpa bezel) , pemproses Qualcomm Snapdragon 835, 8GB RAM,bateri berkapasiti 3,200mAh dan pembesar suara Dolby Atmos.

ZTE Nubia Z17 juga hadir dengan kamera kelas atasan iaitu unit kamera berkembar 23MP+12MP yang menawarkan pengguna zoom optik 2x selain zoom digital 10x (sama seperti pada iPhone 7 Plus) .

Z17 juga dilengkapi dengan kamera selfie 16MP yang merupakan unit kamera lensa lebar 80 darjah.
ZTE Nubia Z17 juga hadir dengan 4G LTE, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac, Bluetooth 4.1 LE, GPS, USB Type-C, pensijilan kalis air dan habuk IP67 dan IR Blaster.

Harga penjualan dan versi Nubia Z17 yang akan ditawarkan di Malaysia tidak diumumkan ketika pelancaran sebentar tadi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.