Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi 4X dilancarkan, harga bermula dari RM450!

Redmi 4X dilancarkan, harga bermula dari RM450! 1Redmi 4X dilancarkan, harga bermula dari RM450!

Hari ini, Xiaomi telah secara rasminya melancarkan sebuah peranti kelas permulaan—Redmi 4X di China.

Redmi 4X ini hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 435 serta dua pilihan memori, iaitu 2GB RAM + storan 16GB yang berharga CNY 699 (~ RM450), dan 3GB RAM + storan 32GB dengan harga jualan CNY 899 (~ RM580).

Pilihan warna untuk Redmi 4X ini termasuk Cherry Pink, Champagne Gold, dan Matte Black.

Redmi 4X dilancarkan, harga bermula dari RM450! 2

Spesifikasi yang lain untuk Redmi 4X ini adalah skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, serta dengan bateri sebesar 4,100mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan f/2.0 aperture dan sokongan PDAF dan lampu LED. Untuk hadapan pula, ia menawarkan kamera 5-megapixel dengan f/2.2 aperture.

Peranti ini menggunakan MIUI 8 dan ia mempunyai dwi-SIM yang menyokong 4G VoLTE. Ia turut hadir dengan pengimbas capjari di bahagian belakang serta sensor infrared blaster di atas.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.