OnePlus 5 akan dilancarkan secara rasmi 20 Jun ini

OnePlus telah memberikan pengesahan bahawa telefon pintar utama mereka yang terbaru iaitu OnePlus 5 akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun ini.

Selain itu, pelancaran bagi pasaran China akan berlangsung pada 21 Jun diikuti pelancaran di India pada 22 Jun.

OnePlus 5 nampaknya akan hadir dengan teknologi kamera berkembar yang diinspirasikan daripada Apple iPhone 7 dan bahagian belakang peranti juga hampir sama seperti iPhone 7 Plus.

Selain itu, OnePlus 5 akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 835 dan terdapat juga kata-kata OnePlus 5 akan menjadi telefon pintar Android kedua selepas Nubia Z17 untuk memiliki kapasiti 8GB RAM (versi 6GB akan turut ditawarkan).

OnePlus 5 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia namun seperti sebelum ini kita dijangka harus menunggu sedikit lama sebelum menyaksikan pelancaran rasmi di sini.

 

Comments

comments

Share