Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR menang anugerah Red Dot Award: Product Design 2024.

HONOR telah mengumumkan bahawa telefon pintar PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR telah memenangi anugerah Red Dot Award: Product Design 2024.

Telefon boleh lipat ini telah menerima anugerah tersebut kerana rekaan abadi yang dicipta bersama jenama tersohor Porsche Design.

Telefon edisi khas ini telah merangkul anugerah paling berprestij untuk jenama setelah dinilai dengan teliti oleh ahli panel yang terdiri daripada pakar antarabangsa untuk mengiktiraf reka bentuk produk dan perindustrian terbaik dunia.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR menyerlah kerana rekaan fungsian dan sangat nipis selain menawarkan bateri karbon silikon ultra nipis yang dikuasakan oleh teknologi termaju HONOR. Berat peranti ini hanya 234g dengan ketebalan 9.9mm.

Selain itu, panel unik pada bahagian belakang telefon boleh lipat ini mengambil inspirasi daripada rekaan hud kereta ikonik Porsche 911. Pengguna merasakan seolah memandu kereta sport apabila mengenggam telefon ini dalam tangan dan ianya didatangkan dalam warna yang sama dengan kereta Porsche tersebut iaitu Agate Grey.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR menetapkan standard baru dalam ketahanan dengan Pelindung NanoCrystal Anti Calar yang pertama dalam industri yang menawarkan peningkatan sepuluh kali ganda dalam rintangan calar, melebihi penarafan kekerasan Mohs sebanyak 7.

Bagi menambah lagi citarasa kemewahan, PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR mempunyai engsel titanium yang sangat kuat dan ringan. Reka bentuk inovatif ini juga memberi keselesaan apabila peranti ini digenggam dan mudah diselitkan ke dalam poket.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR kini boleh dibeli di kedai HONOR Experience Store terpilih di seluruh negara pada harga RM10,999.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V2 RSR PORSCHE, layari laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/phones/honor-magic-v2-rsr-porsche- design/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.