Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MateBook X Pro kini rasmi – komputer riba pertama dunia dengan skrin fleksible OLED

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan komputer riba terbaru mereka iaitu MateBook X Pro yang boleh dikatakan sebagai komputer riba paling berkuasa tinggi pernah dikeluarkan oleh syarikat ini.

HUAWEI MateBook X Pro tampil dengan rekaan yang sangat premium dengan berat hanya 980gram. Ianya juga merupakan komputer riba pertama didunia untuk menggunakan paparan fleksible OLED yang mempunyai kadar segar semula 120Hz.

Panel HUAWEI X-True Display ini mempunyai kecerahan maksima sehingga 1,000nits dengan resolusi 3120 × 2080 piksel dan 93% nisbah skrin kepada badan.

Berikut adalah ciri-ciri utama HUAWEI MateBook X Pro

  • Prestasi Tinggi: Dilengkapi dengan Pemproses Intel Core Ultra 9 dan storan sehingga 32GB RAM dan 2TB.
  • Keupayaan AI : Ciri seperti pembatalan hingar AI, peningkatan kamera AI dan carian AI meningkatkan kecekapan dan pengalaman pengguna.
  • Super Device: Ketersambungan lancar dengan peranti Huawei untuk penyepaduan ekosistem yang diperluaskan.
  • Bateri Tahan Lama dengan 90W Huawei SuperCharge: Pengecasan pantas dan masa penggunaan yang dilanjutkan.
  • Sambugan dan Audio yang Dipertingkat: Internet stabil dengan teknologi Antena Metaline 3D dan sistem enam pembesar suara yang unggul.
  • Keselamatan dan Privasi gred profesional: sensor cap jari dan suis kamera bebas untuk keselamatan yang dipertingkatkan.
  • Teknologi Penyejukan Inovatif: Sistem kipas Dwi Shark Fin dioptimumkan untuk penyejukan yang berkesan.
  • Rekaan mewah dan binaan tahan lama: tersedia dalam warna premium seperti Morandi Blue, dengan badan metalik.

Dapatkan HUAWEI MateBook X Pro hari ini dengan membayar deposit RM 70 sahaja dan dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM 4,582.

Beli HUAWEI MateBook X Pro  HUAWEI Official Website, stor rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.