Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo R11 telah diumumkan secara rasmi

 

Oppo R11 telah diumumkan secara rasmi walaupun sebelum ini dikatakan hanya akan dilancarkan pada 10 Jun.

Oppo R11 ini akan hadir dengan skrin paparan AMOLED 1080p bersaiz 5.5-inci (401ppi) dan akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu emas, emas ros dan hitam.

Oppo R11 juga memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 660, 4GB RAM, 64GB ROM , bateri berkapasiti 2,900mAh dan Color OS berasaskan Android 7.1 Nougat.

Beralih kepada tarikan utama telefon pintar ini, Oppo R11 akan hadir dengan kamera berkembar 20MP+16MP yang mempunyai kebolehan melakukan zoom optik 2x dengan segala pemproses gambar akan diuruskan oleh Qualcomm Spectra ISP.

Selain itu, Oppo R11 juga hadir dengan fungsi pengambilan gambar potrait yang mana ianya adalah sama seperti pada Apple iPhone 7 Plus.

Selain itu, Oppo yang sinonim didalam penawaran kamera selfie mengekalkan nama baik mereka dengan menawarkan kamera selfie 20MP bagi R11 ini.

Walaupun R11 telah diumumkan, buat masa ini Oppo R11 Plus yang akan hadir dengan penampilan yang lebih besar masih belum disahkan secara rasmi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.