Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch Fit 3 dilancarkan secara rasmi dengan rekaan petak – pra-tempahan kini di buka

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan jam tangan pintar kecergasan terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI Watch Fit 3 yang tampil dengan rekaan hampir sama seperti Apple Watch.

HUAWEI Watch Fit 3 tampil dengan rekaan yang sangat ringan dan nipis iaitu hanya 26 gram dengan ketebalan 9.9mm. Ianya memiliki paparan AMOLED berukuran 1.82-inci yang melengkung pada kesemua sisi.

Selain itu, HUAWEI Watch Fit 3 inj memiliki perisian yang sama seperti jam pintar HUAWEI yang lain dengan ciri kadar degupan jantung TruSeen 5.5, lebih 100 mod aktiviti kecergasan dan 660 kursus senaman serta Calorie Counter.

Dalam pada itu, Watch Fit 3 ini dikatakan mampu menawarkan sehingga 10 hari jangka hayat bateri didalam satu pengecasan penuh atau 7 hari dengan penggunaan agresif.

Watch Fit 3  akan ditawarkan didalam warna White, Black, Pink, Green dan Moon White dengan tali jam kulit.

Dapatkan HUAWEI Watch Fit 3 dari hari ini sehingga 17 Mei ini untuk menikmati baucar diskaun RM 30 dan hadiah percuma bernilai RM 89. Harga jualan masih belum diumumkan setakat ini.

Dapatkanya di  HUAWEI Official Website, stor rasmi HUAWEI Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.