Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A60 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 sahaja

Oppo secara rasminya telah memperkenalkan model terbaru A Series iaitu Oppo A60 di Malaysia pada harga dari RM 699 sahaja.

OPPO A60 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.67-inci dengan resolusi HD+, kecerahan maksima 950nits dan kadar segar semula 90Hz. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 680, 8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Selain itu, OPPO A60 ini juga hadir dengan sensor utama 50MP + 2MP dan kamera selfie 8MP. Ianya juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 45W SUPERVOOC, pembesar suara stereo dengan fungsi 300% Ultra Volume Mode, Extended RAM dan ColorOS 14.0.1

Menariknya, OPPO A60 membawakan ciri tahan lasak yang biasa hanya ditawarkan pada telefon pintar lebih premium seperti penarafan IP54, Pensijilan MIL-STD 810H Ketahanan Gegaran Gred Ketenteraan AS, gelas perlindungan skrin yang lasak dan ciri Splash Touch untuk operasi skrin walaupun dengan jari atau skrin yang basah.

OPPO A60 kini ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Ripple Blue dan Midnight Purple pada harga RM 699 bagi versi 8/128GB dan RM 799 bagi versi 8/256GB.

Dapatkanya sekarang di My OPPO Space, OPPO Brand Store, wakil pengedar sah, stor pengedar rasmi, stor rasmi OPPO  dan stor OPPO di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.