• Home »
  • Nokia »
  • Nokia 3, 5 dan 6 dilancarkan di Malaysia, harga bermula dari RM599

Nokia 3, 5 dan 6 dilancarkan di Malaysia, harga bermula dari RM599

Nokia 3, 5 dan 6 dilancarkan di Malaysia, harga bermula dari RM599

Hari ini, HMD Global telah secara rasminya memperkenalkan beberapa telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 3, 5 dan 6. Ketiga-tiga peranti ini dilancarkan di acara MWC 2017 pada bulan Februari yang lalu.

Nokia 3 adalah peranti kelas permulaan yang hadir dengan skrin 5.0 inci IPS LCD HD, pemproses MediaTek MTK6737, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera belakang dan hadapan menggunakan 8-Megapixel f/2.0. Bateri is bersaiz 2,650 mAh dan ia menggunakan sistem operasi Android 7.0.

Nokia 5 pula menawarkan skrin 5.2 inci IPS LCD HD, pemproses Snapdragon 430, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Ia mempunyai kamera utama 13-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Bateri pula bersaiz 3,000 mAh. Sistem operasi Nokia 5 ini menggunakan Android 7.1.1.

Nokia 6 yang dilancarkan pada bulan lalu bersaiz 5.5 inci dengan skrin IPS LCD HD penuh, pemproses Snapdragon 430, RAM 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama ia adalah 16-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Bateri ia sebesar 3,000 mAh dan menggunakan Android 7.1.1.

Dari segi harga, Nokia 3 akan dijual di pasaran Malaysia bermula pertengahan Jun pada harga RM599, Nokia 5 dan Nokia 6 pula berharga RM799 dan RM999, kedua-dua peranti ini boleh didapati di pasaran tempatan pada penghujung bulan Jun.

Comments

comments

Share