Nokia XR21 dilancarkan secara rasmi dengan ketahanan luar biasa gred ketenteraan
Nokia secara rasminya telah mengumumkan pelancaran telefon pintar lasak Nokia XR21 yang hadir dengan pensijilan gred ketenteraan MIL-STD-810H dan IP69K yang merupakan penarafan tertinggi bagi peranti kalis air dan habuk.
Selain itu, Nokia XR21 memiliki skrin palaran IPS LCD berukuran 6.49-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning yang mana ianya turut boleh digunakan dengan memakai sarung tangan atau tangan basah.
Selain itu, XR21 ini dijana cip Snapdragon 695, 6GB RAM, dan 128GB storan dalaman. Ianya juga memiliki sensor utama 64MP f/1.8 bersama sensor ultrawide 8MP f/2.2 manakala kamera selfie adalah 16MP f/2.5.
Beralih kepada bateri, ianya disertakan dengan bateri berkapasiti 4,800mAh bersama pengecasan pantas 33W.
Selain itu, XR21 hanya tampil dengan Android 12 sahaja didalam kotak namun Nokia menyatakan komitmen untuk menawarkan sehingga 4 tahun kemaskini keselamatan dan 3 kemaksini Android.
Akhir sekali, Nokia XR21 akan ditawarkan bermula bulan Jun didalam warna Midnight Black dan Pine Green pada harga £499 (RM 2,798) di United Kingdom.