Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia C12 Pro kini rasmi dengan Android 12 Go Edition dan bateri 4,000mAh

Nokia C12 Pro kini rasmi dengan Android 12 Go Edition dan bateri 4,000mAh 5

Pada bulan Januari yang lalu, HMD telah memperkenalkan telefon pintar entry-level Nokia C12 kepada pasaran dan ianya kini disusuli denhan pelancaran Nokia C12 Pro.

Nokia C12 Pro ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti Nokia C12 kecuali kapasiti baterinya yang telah dipertingkatkan kepada 4,000mAh.

Nokia C12 Pro hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.3-inci dengan resolusi HD+, pemproses 28nm Unisoc SC9863A1, 2GB RAM + 2GB RAM Virtual, storan dalamanĀ  64GB (eMMC 5.1) dan GPU PowerVR IMG 8322.

Nokia C12 Pro kini rasmi dengan Android 12 Go Edition dan bateri 4,000mAh 6

Selain itu, Nokia C12 Pro mempunyai dua unit kamera iaitu satu sensor utama 8MP dibelakang yang memiliki pemfokusan auto dan LED flash dan kamera selfie 5MP.

Seterusnya, Nokia C12 Pro ini juga mempunyai bateri 4,000mAh dengan pengecasan 5W, Wi-Fi b/g/n, Bluetooth 5.2, bicu audio 3.5mm dan slot microUSB untuk pengecasan serta reka bentuk tahan lasak dengan pensijilan IP52.

Selain itu, HMD juga menjanjikan 2 tahun kemaskini keselamatan bagi Nokia C12 Pro namun tiada sebarang maklumat kemaksini OS diumumkan.

Nokia C12 Pro akan ditawarkan tiga warna iaitu Dark Cyan, Light Mint and Charcoal pada harga INR 6,999 (RM 378) untuk versi 2/64GB dan INR 7,499 (RM 405) bagi versi 3/64GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.