Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HMD Global sahkan Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 6 akan menerima Android O

Pemilik terbaru Nokia iaitu HMD Global telah mengesahkan secara rasmi bahawa ketiga-tiga model telefon pintar Android yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini akan menerima kemaskin sistem operasi terbaru Android tidak lama lagi.

Ketiga-tiga peranti Nokia berasakan Android iaitu Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 6 selain model baru (Nokia 9)  yang akan dilancarkan tidak lama lagi dijangka akan menerima kemaskini Android O.

Pengesahan ini dikeluarkan oleh Nokia walaupun Google yang merupakan pengeluar sistem operasi Android masih belum lagi melancarkan Android O secara rasmi ( mungkin dilancarkan pada suku ketiga tahun ini).

Pengesahan ini sudah pastinya memberikan pengguna keyakinan untuk membeli telefon pintar Nokia yang berasaskan Android ini.

sumber : GSMArena

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.