Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 3310 edisi 2017 dilancarkan di Malaysia pada harga RM239

Nokia 3310 edisi 2017 dilancarkan di Malaysia pada harga RM239

Hari ini, HMD Global telah melancarkan empat telefon pintar baru untuk pasaran Malaysia. Di antara peranti-peranti baru Nokia ini, Nokia 3310 edisi 2017 adalah peranti yang dinantikan ramai pengguna Malaysia!

Dari segi spesifikasi, Nokia 3310 yang baru ini hadir dengan skrin bersaiz 2.4-inci, storan 16MB dengan sokongan kad mikro-SD, serta kamera belakang 2-megapixel. Untuk sokongan internet, peranti ini hanya menyokong rangkaian 2G sahaja.

Di samping itu, anda juga boleh muat turun beberapa aplikasi melalui Opera Store yang terbina pada telefon pintar ini.

Nokia 3310 ini akan dijual di pasaran tempatan bermula minggu pertama Jun 2017 ini pada harga jualan RM239.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.