Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Canon mengadakan pameran produknya di Mid Valley Megamall sepanjang minggu ini

canon-expo-02Canon mengadakan pameran produknya di Mid Valley Megamall sepanjang minggu ini

Canon Malaysia hari ini meraikan ulang tahun ke-30 di Malaysia dengan memulakan pameran produknya di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall yang berlangsung sepanjang minggu.

Sebagai peneraju dalam bidang penyelesaian pengimejan, ekspo produk Canon mempamerkan sejarah kejayaan yang pernah dicapai serta produk-produk terkini keluarannya.

“Sambutan ulang tahun ke-30 Canon Malaysia merupakan satu tempoh yang cukup mengujakan buat syarikat kami. Kami berterima kasih atas sokongan dan galakan yang diterima daripada para pengguna sepanjang perjalanan ini. Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk berkhidmat kepada Malaysia dan berharap dapat terus menceriakan anda dengan produk serta  perkhidmatan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., Andrew Koh.

Berpegang kepada  tradisi dan falsafah korporat iaitu ‘Kyosei’ – didefinisikan oleh Canon sebagai ‘semua orang, tanpa mengira bangsa, agama atau budaya, hidup serta bekerja dengan harmoni demi masa depan’ – syarikat ini telah bersama-sama Malaysia melangkaui pelbagai sempadan kemajuan.

Komited untuk mengukuhkan hubungan baik bukan sahaja dengan para pelanggan dan komuniti, Canon juga sentiasa berusaha untuk membawakan penyelesaian dan produk pengimejan yang boleh memberi inspirasi kepada orang ramai serta perniagaan di seluruh dunia. Melalui ekspo ini, pelbagai produk dan aktiiti boleh dilihat kerana syarikat sememangnya berusaha untuk menawarkan penyelesaian terbaik kepada masyarakat.

canon-expo

Pameran tersebut menampilkan teknologi terkini dan termaju yang ada pada rangkaian produk Canon. Bermula daripada rangkaian pencetak PIXMA Ink Efficient seperti E470, rangkaian pencetak inkjet untuk peniagaan Maxify seperti MB5470 sehinggalah kamera DSLR lagenda EOS 5D Mark IV serta model kamera premium tanpa cermin (mirrorless) EOS M5. Duta Canon, Janna Nick turut membuat penampilan khas dan melayan para peminat di sana.   

Sejak 30 tahun lalu, Canon Malaysia telah berkembang daripada sebuah syarikat yang mempunyai tenaga kerja seramai  52 orang pada tahun 1987 kepada 600 kakitangan. Ia kini memiliki sebuah ibu pejabat, tujuh buah cawangan dan rangkaian dengan lebih 3,000 rakan saluran langsung, sekali gus menjadikan Canon satu jenama utama di Malaysia. Canon juga telah dianugerahkan dengan dua belas Anugerah Putra Brand dan beberapa Anugerah Reader’s Digest sepanjang beroperasi di Malaysia. Di samping banyak lagi pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Maklumat lanjut mengenai Canon dan sambutan ulang tahun ke-30, sila layari laman web: https://www.facebook.com/CanonMalaysia/ dan http://www.canon.com.my/ .

canon-expo-03

 

 

 

Comments

comments