Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelan Prabayar U Mobile kini ditawarkan penambahan data sehingga 3 kali ganda!

U-Mobile-UMI-3x-InternetPelan Prabayar U Mobile kini ditawarkan penambahan data sehingga 3 kali ganda!

Sejak beberapa bulan yang lalu, syarikat telekomunikasi Malaysia seperti Digi, Maxis dan Celcom telah menawarkan pelan prabayar dengan penawaran tambahan data untuk menarik lebih pelanggan.

Kini, U Mobile turut menyertai syarikat telekomunikasi yang lain dengan pengumuman penawaran tambahan data juga untuk pengguna prabayar.

Pelan prabayar U Mobile ini akan menerima data sehingga tiga kali ganda berbanding data yang ditawarkan sebelum ini.

Berikutnya adalah pelan-pelan prabayar U Mobile yang telah dikemaskinikan:

  1. UMI 20 – 4.5GB berbanding 1.5GB sebelum ini (Percuma 500MB data Video ONZ).
  2. UMI 25 – 6GB berbanding 2GB sebelum ini (Percuma 1GB data Video ONZ).
  3. UMI 30 – 7.5GB berbanding 2.5GB sebelum ini  (Percuma 2.5GB data Video ONZ dan 30 minit panggilan).
  4. UMI 38 – 6GB berbanding 2GB sebelum ini (Percuma 2GB data Video ONZ dan 150 minit panggilan).
  5. UMI50 – 12GB berbanding 4GB sebelum ini (Percuma 4GB data Video ONZ dan 50 minit panggilan).

Semua pelan ini turut hadir dengan penawaran data tanpa had untuk muzik melalui Music ONZ.

Bagi pengguna prabayar U Mobile yang sedia ada, pelan anda akan dikemaskinikan kepada pelan yang terbaru ini.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.