Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile memperkenalkan App-Onz – Data Percuma untuk Aplikasi social media termasuk Facebook dan Instagram

umobile-apponz-768x576U Mobile memperkenalkan App-Onz – Data Percuma untuk Aplikasi social media termasuk Facebook dan Instagram

Hari ini, U Mobile telah secara rasminya mengumumkan pelan prabayar terbaru mereka, iaitu Unlimited Power.

Pelan Unlimited Power ini memberikan para pengguna U Mobile data tanpa had untuk aplikasi-aplikasi media sosial, seperti Facebook, Twitter dan Instagram melalui servis App-Onz.

Selain daripada kuota data tanpa had untuk aplikasi-aplikasi App-Onz, pengguna turut akan menerima kuota panggilan 300 minit secara percuma setiap bulan ke nombor-nombor U Mobile. Kadar panggilan 12 sen setiap 30 saat akan dikenakan selepas kuota panggilan habis.

Kad SIM prabayar U Mobile dengan pelan Unlimited Power ini akan dijual bermula 17 Februari 2017 pada harga RM8.50.

Di dalamnya terdapat kredit sebanyak RM5. Sementara itu, pengguna baru juga akan diberi data percuma sebanyak 200MB apabila nombor tersebut diaktifkan.

Anda hanya perlu membayar RM10 sekali untuk mengaktifkan servis ini.

Bagi para pengguna prabayar U Mobile yang sedia ada, mereka boleh mengaktifkan servis App-Onz dengan percuma dengan mendail “*118*6*2*3#”.

Jika anda ialah pengguna pascabayar, servis App-Onz akan disediakan untuk para pelanggan U28, P50, P70 dan P98. Untuk mereka, servis ini akan diaktifkan secara automatik di antara 17 sehingga 25 Februari.

Pelan U Mobile Unlimited Power ini sangat sesuai kepada mereka yang sering meluangkan masa di laman media sosial terutamanya mereka yang suka melayari Facebook dan Instagram.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.