Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sharp M1 dan Z2 dilancarkan di Malaysia, harga bermula dari RM899

sharp m1 z2 MalaysiaSharp M1 dan Z2 dilancarkan di Malaysia, harga bermula dari RM899

Baru-baru ini, Sharp telah memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang dipanggil sebagai Sharp M1 dan Sharp Z2.

Sharp Z2 ini hadir dengan pemproses 10-core iaitu MediaTek Helio X20 dengan memori 4GB RAM yang boleh menjamin pengalaman lancar semasa menggunakannya. Dari segi storan, ia mempunyai ruangan kapasiti 32GB dan boleh diperluaskan dengan kad Mikro SD.

Peranti ini dilengkapi skrin 5.5 inci dengan paparan HD penuh. Ia mempunyai kamera depan 8-megapixel f/1.8 serta kamera belakang 16 megapixel yang disokong dengan teknologi PDAF. Sharp Z2 ini turut datang dengan rekaan tubuh logam sepenuhnya yang kelihatan premium.

14958030_10154566265714564_1877016656_o

Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan oleh Sharp Z2 ini termasuk pengimbas cap jari yang mempunyai pelbagai fungsi, termasuk menyahkunci peranti, menangkap gambar dan lain-lain. Bateri peranti ini berkapasiti 3,000 mAh dan ia menyokong dwi-SIM. Sharp Z2 akan dijual pada harga RM1,199 dan ia boleh didapati pada awal November.

14859308_10154566265764564_819980149_o

Sharp M1 merupakan telefon pintar yang menfokuskan gambar Selfie, kedua-dua kamera untuk peranti ini dilengkapi dengan sensor 13-MP. Di samping itu, kedua-dua kamera M1 ini disertakan lensa sudut lebar.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6753 lapan teras dengan memori 3GB RAM serta ruangan storan 64GB. dan boleh dilanjutkan dengan menggunakan kad SD mikro sehingga 64GB.

14923086_10154566265779564_81786283_o

Sharp M1 hadir dengan skrin 5.5 inci paparan 1080p dan bateri ia bersaiz 2,600mAh. Sharp M1 akan dijual pada harga RM899 untuk pasaran tempatan dan ia juga boleh didapati pada awal November.

14907842_1689488451367093_840782758_o

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.