Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sharp Aquos R6 kini rasmi – Snapdragon 888 & Sensor Kamera Leica 1” terbesar pada telefon pintar


Sharp secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship Aquos R6 yang disertakan dengan sensor kamera terbesar pernah digunakan pada telefon pintar iaitu berukuran 1.0-inci.

Apa yang lebih menarik adalah, sensor kamera telefon pintar Sharp ini telah dibangunkan bersama Leica dari proses R&D sehingga ke proses penyelarasan kualiti imej.

Sharp Aquos R6 juga hadir dengan skrin paparan Pro IGZO OLED berukuran 6.67-inci yang membolehkan ianya menawarkan kadar segar semula dinamik antara 1Hz sehingga 240Hz.

Skrin paparan ini hadir dengan resolusi  WUXGA+ atau 2,730 x 1,260 piksel.

Beralih kepada bahagian dalaman, Sharp Aquos R6 hadir dengan cip Snapdragon 888 yang disertakan dengan 12GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman 128GB (UFS3.1).

Sensor Summicron Leica 1” yang digunakan pada Sharp Aquos R6 ini mampu menghasilkan gambar 20MP dan ianya menggunapakai lensa 7P yang mempunyai aperture f/1.9.

Selain itu, sensor besar ini juga mempunyai EIS dan terdapat satu sensor ToF serta flash.

Selain itu, Sharp Aquos R6 juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh, sensor capjari terbina dalam skrin, kamera selfie 12MP serta pensijilan kalis air dan habuk (IPX5/8 & IP6X).

Sharp Aquos R6 ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih.

Ianya akan memasuki pasaran Jepun pada bulan Jun 2021 namun melihat telefon pintar ini ditawarkan dipasaran antarabangsa mungkin agak tipis.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.