Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sharp Sense8 dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 6 Gen 1

Sharp secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Sharp Sense8 dipasaran Jepun yang tampil dengan rekaaan kompak dan ringan (159g gram) namun masih memuatkan bateri berkapasiti 5,000mAh

Sharp Sense8 hadir dengan skrin paparan IGZO OLED berukuran 6.1-inci dengan kadar segar semula 1-90Hz, kecerahan sehingga 1,300nits dan resolusi 1,080 x 2,432 piksel.

Selain itu, telefon pintar ini tampil dengan cip kelas midrange Snapdragon 6 Gen 1 yang didakwa memiliki CPU yang 36% lebih pantas dan 33% GPU lebih pantas berbanding Snapdragon 695 yang digunakan pada generasi sebelum ini. Ianya juga memiliki 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Dalam pada itu, Sharp Sense8 juga memiliki sensor utama 50MP bersama OIS dan sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie juga 8MP.

Lain-lain spesifikasi telefon pintar ini adalah bicu audio 3.5mm, USB-C yang menyokong DisplayPort, Wi-Fi 5 (ac), Bluetooth 5.1, NFC dan sensor capjari pada sisi.

Sharp Sense8 kini ditawarkan dipasaran Jepun pada harga JPY 62,150 (RM 1,972).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.