Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sharp Aquos S3 dilancarkan secara rasmi

Sharp Aquos S3 dilancarkan secara rasmi 1

Sharp secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Aquos S3 yang didakwa sebagai telefon pintar dengan skrin paparan 6.0-inci paling kompak didunia dan tidak ketinggalan ‘notch’ dibahagian atas skrin.

Sharp Aquos S3 ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD dengan nisbah 18:9 iaitu pada resolusi 2160×1080.

Sharp Aquos S3 dilancarkan secara rasmi 2

Sharp Aquos S3 turut hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 630, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, Sharp Smile UX yang berasaskan Android 8.0 dan bateri berkapasiti 3,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0.

Beralih kepada bahagian kamera, Sharp Aquos S3 ini memiliki kamera utama dwi-sensor iaitu kombinasi satu unit sensor 12MP lensa lebar yang dipadankan sensor telefoto 13MP selain kamera selfie 16MP.

Sharp Aquos S3 dilancarkan secara rasmi 3

Sensor 12MP Sharp Aquos S3 ini memiliki piksel 1.4um dengan aperture f/1.7.

AI turut memainkan peranan pada kamera Aquos S3 dan ianya digunakan untuk pengambilan gambar potrait.

Sharp Aquos S3 akan mula diltawarkan pada 1 April 2018 di Taiwan dengan harga penjualan NTD 11,990 ( RM 1595).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.