Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo melancarkan X7 dan X7 Plus

160701-vivo-x7-x7-plus-smartphone-02Vivo melancarkan X7 dan X7 Plus

Vivo telah melancarkan Vivo X7 dan X7 secara rasmi di China. Dua model ini berkongsi beberapa komponen-komponen serupa dengan sedikit perbezaan antara mereka.

vivo x7 02

Dari segi spesifikasi, kedua-dua Vivo X7 dan X7 hadir dengan pemproses Snapdragon 652, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Vivo X7 adalah saiz kecil 5.2-inci yang mempunyai skrin Super AMOLED dengan paparan 1080p , manakala X7 Plus merupakan sebuah phablet dengan skrin Super AMOLED 5.7-inci dengan paparan HD penuh.

Kamera hadapan Vivo X7 dan X7 didatangi dengan 16-megapixel f/2.0. Kamera belakang X7 pula menggunakan 13MP f/2.2, malah X7 Plus menggunakan sensor Sony IMX298 16MP. Kedua-duanya mempunyai teknologi PDAF serta dengan LED flash.

Di samping itu, kedua-dua peranti ini menggunakan modul dwi-SIM yang menyokong Cat.7 4G LTE, Bluetooth 4.1 dan juga pengimbas cap jari termaktub dalam butang Home di depan.

Sistem operasi Vivo X7 dan X7 amat mengecewakan kerana masih menggunakan Android 5.1 sedangkan Android Nougat akan tiba pada musim luruh ini.

Vivo X7 bateri berkapasiti 3,000mAh, manakala X7 Plus pula bergantung pada bateri bersaiz 4,000mAh.

Vivo X7 akan dijual pada 7 Julai dengan harga CNY2,498 (lebih kurang RM1,501). Vivo X7 Plus pula akan hadir di pasaran 8 hari kemudian pada 15 Julai.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.