Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

6 sebab kenapa anda harus memiliki Vivo V3 atau V3 Max

160406-vivo-v3-max-pre-order-malaysia

6 sebab kenapa anda harus memiliki Vivo V3 atau V3 Max

Vivo V3 dan Vivo V3 Max yang telah dilancarkan beberapa bulan lalu merupakan antara telefon pintar kelas pertengahan terpantas di pasaran dan seringkali terlepas pandang oleh kebanyakkan pengeluar utama telefon pintar.

Vivo V3 dan V3 Max hadir ke pasaran dengan harga penjualan yang sangat berpatutan walaupun memiliki spesifikasi yang menarik.

Vivo V3 dan V3 Max adalah telefon pintar mampu milik yang mampu menawarkan prestasi pengunaan yang sangat baik dan berikut adalah 6 sebab kenapa anda harus memiliki Vivo V3 atau V3 Max.
Vivo-V3-01

1. Kombinasi reka bentuk yang elegan dan kualiti binaan yang kukuh

Vivo V3 dan V3 Max hadir dengan reka bentuk yang berasaskan keluli dan reka bentuk ini disempurnakan dengan sisi yang melengkung. Panel skrin 5.0-inci telefon pintar ini dilapisi gelas 2.5D manakala bahagian belakang diliputi oleh panel aluminium yang ringkas namun elegan.

2. Spesifikasi yang hebat memastikan peranti anda sentiasa bersedia untuk tugas berat

Walaupun memiliki harga penjualan runcit RM 999 dan RM 1,399, Vivo V3 dan V3 Max hadir dengan kapasiti memori simpanan dalaman yang luas dan mampu memenuhi keperluan harian anda. Vivo V3 dan V3 Max juga memiliki pemproses octa-core yang menawarkan pengunaan beberapa aplikasi secara serentak tanpa mengorbankan prestasi.
Vivo-V3-05

3. Unit Kamera yang pantas memastikan anda tidak terlepas detik-detik istimewa di dalam hidup anda

Gambar yang diambil melalui Vivo V3 dan V3 Max adalah cerah dan teliti, ianya mampu mengambil gambar yang amat baik pada keadaan cahaya yang ideal dan juga pada kawasan tertutup tanpa terlalu banyak kekaburan.

Vivo V3 dan V3 Max hadir dengan teknologi kamera optik yang terkini dipasaran dan pemfokusan Phase Detection Auto Focus (PDAF) pada kamera belakang Vivo V3 dan V3 Max memastikan anda tidak terlepas memori indah yang berlaku didalam kehidupan anda.

4. Sensor capjari 360-darjah yang memastikan telefon pintar anda sentiasa terlindung

Sensor capjari telah menjadi salah satu ciri yang mesti dimiliki oleh telefon pintar. Bagi memastikan peranti anda terlindung daripada ancaman keselamatan, Vivo telah menyertakan sensor capjari 360-darjah pada V3 dan V3 Max.

Sensor capjari ini merupakan sensor yang paling pantas dan efisen di pasaran.
Vivo-V3

5. Nikmati muzik tanpa henti

Vivo V3 dan V3 Max hadir dengan cip audio AK4375 Hi-Fi yang meningkatkan kualiti bunyi dengan memfokuskan kepada penawaran bunyi yang lebih menyeluruh pada semua jenis muzik yang dimainkan. Ciri ‘loud-speaker’ pada Vivo V3 dan V3 Max adalah lantang dan boleh didengar walaupun pada keadaan bunyi yang bising.

Pengunaan headset juga telah diberikan fokus khas bagi memastikan kesemua aspek pendengaran pada Vivo V3 dan V3 Max berada pada kualiti yang tersendiri.

6. Ketahanan bateri yang mampu mengharungi pengunaan sepanjang hari

Vivo V3 dan V3 Max mempunyai bateri yang mampu menawarkan anda pengunaan seharian tanpa perlu dicas semula. Selain itu, kedua telefon pintar Vivo ini sesuai digunakan untuk membaca dan membalas e-mel, melayari laman sosial seperti Twitter, Instagram, Facebook dan WhatsApp.

Dengan kualiti bateri yang berketahanan tinggi, anda mampu melakukan lebih banyak aktiviti dan pengunaan yang lebih lama tanpa perlu mengecas semula peranti anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.