Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Blade S7 dilancarkan secara rasmi

zte blade s7

Pengeluar telefon pintar China, ZTE secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah siri Blade iaitu Blade S7.

ZTE Blade S7 ini hadir dengan spesifkasi yang dilihat memfokuskan kepada menawarkan pengalaman fotografi yang baik kepada pengguna. ZTE Blade S7 hadir dengan unit kamera 13-megapiksel pada bahagian depan dan belakang.

Selain itu, ZTE Blade S7 juga hadir dengan reka bentuk berasaskan aloi sepenuhnya dan mempunyai skrin paparan LTPS 1080p berukuran 5.0-inci. Skrin paparan ini turut dilidungi oleh gelas 2.5D Gorilla Glass 3 dibahagian hadapan dan belakang. Secara keseluruhanya, ZTE Blade S7 mempunyai kenipisan hanya 7.2mm.

Spesifikasi lain yang di miliki oleh ZTE Blade S7 ini adalah pemproses 64-bit Qualcomm Snapdragon 615, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman, UI MiFavor 3.2 berasaskan Android 5.1.1, butang ‘home’ dengan sensor pengesan capjari yang juga mempunyai fungsi seperti kunci keselematan dan melancarkan aplikasi.

Kembali kepada fokus utama telefon pintar ini iaitu kamera, dari segi hadapan kamera 13MP ZTE Blade 7 ini dilengkapi dengan lampu flash LED dan teknologi pemfokusan auto PDAF manakala kamera belakang hadir dengan pemfokusan auto laser dan beberapa fungsi pengambilan gamba yang lebih baik.

ZTE Blade S7 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu warna hijau, emas ros, putih dan kelabu.

ZTE telah mengesahkan bahawa Blade S7 akan memasuki pada Thailand sebelum ke pasaran Asia Pasifik yag lain namun tiada sebarang maklumat mengenai harga didedahkan buat masa ini.

zte blade s7 green zte blade s7 space gray zte blade s7 whitesumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.