Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Axon 50 Ultra kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan komunikasi satelit

ZTE Axon 50 Ultra

ZTE secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flaghsip terbaru syarikat ini iaitu Axon 50 Ultra yang dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1.

ZTE Axon 50 Ultra ini tampil dengan skrin paparan AMOLED curved berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz.

Bersama cip Snapdragon 8+ Gen 1, ianya dipadankan dengan RAM jenis LPDDR5X, storan dalaman UFS 3.1 , antaramuka ZTE MyOS 13 yang berasaskan Android 13 dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 80W.

Dalam pada itu,  bahagian kamera peranti ini memperlihatkan penggunaan kamera utama 64MP IMX787 dengan OIS, sensor telefoto 50MP dengan 3x zoom dan sensor ultrawide 50MP.

Selain itu,  telefon pintar  ZTE ini juga membawakan ciri pemesejan satelit dua hala melalui infrastruktur satelit BeiDou (BDS) dengan keupayaan untuk menghantar dan menerima mesej SMS di kawasan yang tidak mempunyai liputan rangkaian.

Buat masa ini ZTE tidak mengumumkan maklumat harga dan penawaran bagi Axon 50 Ultra ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.