Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Blade V50 akan ditawarkan di Malaysia bermula 11 November pada harga RM 599

ZTE  telah mengumumkan bahawa ZTE Blade V50 akan ditawarkan di Malaysia mulai 11 November ini pada harga RM 599 sahaja.

ZTE Blade V50 menampilkan skrin paparan FHD+ berukuran 6.6-inci, cip 6nm octa-core daripada UNISOC iaitu Unisoc T760, 8GB + 10GB dynamic RAM dan storan dalaman 256GB.

Setersunya, Blade V50 juga memiliki tiga kamera yang terdiri dari satu sensor utama 50MP AI, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Dalam pada itu, ZTE Blade V50 juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W, NFC, sokongan dwi-SIM dan microSD.

Akhir sekali, ZTE Blade V50 ini akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Diamond Black, Sunrise Violet dan Beach Green pada harga RM 599 bermula 11 November ini di Lazada dan Shopee.

Dapatkan ZTE Blade V50 melalui pautan dibawah :

Shopee: https://bit.ly/ztesp

Lazada: https://bit.ly/ztelaz

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.