Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : ZTE Blade A73 5G – Telefon Pintar 5G Entry-Level dengan dual-mode 5G

ZTE Blade A73 5G MalaysiaPengenalan

Jenama telefon pintar ZTE bukan lah sesuatu yang asing dipasaran global mahupun dipasaran tempatan namun telefon pintar boleh dikatakan lebih dikenali melalui pengeluaran telefon pintar gaming REDMAGIC dibawah jenama nubia.

Agak menarik, ZTE kini menawarkan telefon pintar 5G kelas entry-level terbaru mereka di Malaysia iaitu ZTE Blade A73 5G pada harga RM 749 dan ianya juga dilihat ditawarkan melalui beberapa syarikat telekomunikasi utama di Malaysia.

Ini adalah ulasan ZTE Blade A73 5G, jom baca!

Reka Bentuk

ZTE Blade A73 5G boleh dikatakan tampil dengan rekaan yang sangat simplistik sesuai dengan harganya.

Ianya memiliki rekaan panel unibodi yang diperbuat daripada plastik yang merupakan satu kepingan plastik bersama kerangka. panel belakang ini juga memiliki satu modul kamera bulat yang diletakkan dibahagian tengah dan rekaan ini agak serupa seperti kebanyakkan telefon pintar kelas midrange malah ada juga peranti kelaf flagship yang tampil dengan rekaan modul kamera yang sama.

Selain itu, panel belakang juga memiliki gril pembesar suara yang agak unik kerana kebiasaanya gril pembesar suara diletakkan pada bahagian bawah rangka.

Seterusnya, susunan butang pada ZTE Blade A73 5G adalah butang kuasa dan butang kelantangan suara pada sisi kanan, slot USB-C, mikrofon dan slot sim pada sisi bawah dan bicu audio 3.5mm serta satu lagi mikrofon pada sisi atas peranti. Telefon pintar ini mempunyai rekaan yang nipis iaitu sekitar 8.5mm.

Secara keseluruhanya, reka bentuk Blade A73 5G adalah sesuatu yang anda jangkakan bagi telefon pintar kelas entry level seperti ini dan kami juga kagum dengan rekaan modul kamera yang agak unik pada kelas harga ini.

Skrin Paparan

ZTE Blade A73 5G menampilkan penggunaan panel skrin  waterdrop berukuran 6.52-inci dengan sokongan kadar segar semula 90Hz.

Panel ini adalah panel IPS LCD dengan resolusi HD+ (1,600 x 720 piksel) yang memadai bagi sebuah telefon pintar 5G yang dijual pada tahap harga seperti ini.

Selain itu, paparan ini juga mempunyai bezel sisi yang nipis pada kedua-dua sisi namun bezel bahagian atas dan bawah adalah sedikit tebal terutamanya bezel bahagian bawah.

Seterusnya, skrin ini juga menawarkan kadar kecerahan tinggi yang menawarkan penglihatan yang baik dibawah cahaya.

Pemproses

ZTE Blade A73 5G hadir dengan cip UNISOC T760 5G yang merupakan cip Octa-core berkelajuan 2.2GHz. Ianya juga dipadankan dengan 4GB RAM dan terdapat juga storan dalaman 128GB.

Selain itu, ZTE Blade A73 5G ini juga disertakan dengan ciri Extended RAM yang memberikan anda sehingga 4GB RAM tambahan yang membolehkan anda membuka lebih banyak aplikasi dilatar belakang.

Seterusnya, Blade A73 5G ini juga dilengkapi antaramuka MyOS 13.1 yang berasaskan Android 13 dan adalah sesuatu yang jarang bagi telefon pintar kelas entry-level seperti ini untuk tampil dengan sistem operasi Android yang terkini.

Cip UNISOC T760 5G terbukti mampu menawarkan prestasi yang konsisten dan stabil bagi telefon pintar ini namun ianya tidak boleh dibandingkan dengan cipset keluaran pengeluar yang lebih dikenali seperti Qualcomm mahupu MediaTek.

Dual-Mode 5G

Walaupun dilancarkan sebagai telefon pintar 5G kelas entry-level, ZTE Blade A73 5G ini memiliki sokongan 5G dual-mode yang bermaksud ianya menyokong rangkaian 5G Mmwave dan sub-6 GHz yang membolehkan anda menikmati rangkaian 5G yang lebih stabil dan berada didalam rangkaian 5G dimana sahaja.

Kamera

ZTE Blade A73 5G dilengkapi sistem dwi-kamera yang terdiri daripada satu sensor utama 13MP bersama sensor depth 2MP.

Hasil gambar daripada ZTE A73 5G boleh dikatakan berada didalam kategori memuaskan dan berikut kami kongsikan beberapa gambar yang diambil dari telefon pintar ini.

Tidak lupa juga bahawa telefon pintar ini juga memiliki kamera selfie 5MP untuk keperluan swafoto anda.

Bateri

ZTE Blade A73 5G dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan 10W melalui port USB-C.

Dengan cipset yang sangat cekap tenaga, Blade A73 5G mampu menawarkan penggunaan sepanjang hari dengan satu pengecasan penuh.

Penutup

ZTE Blade A73 5G adalah satu lagi telefon pintar bajet 5G yang memberikan pengguna sebuah peranti 5G pada harga kelas entry-level.

Pelancaran model seperti membolehkan pemilikan peranti dengan teknologi 5G menjadi lebih mudah diakses oleh semua pelusuk masyarakat selain turut menyokong aspirasi digital nasional negara.

ZTE Blade A73 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 749 atau melalui pelan telekomunikasi seperti Maxis, Digi, U Mobile

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.