Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Axon Mini dilancarkan secara rasmi – kenipisan 3.5mm

ZTE AXON MINI MALAYSIA-1

ZTE yang baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu ZTE Axon Elite ke pasaran Malaysia kini telah melancarkan satu model baru iaitu Axon Mini yang mungkin memasuki pasaran tempatan didalam masa terdekat.

ZTE Axon Mini merupakan telefon pintar yang hadir dengan teknologi skrin paparan ‘Force-Touch’ yang sama seperti pada Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.

Axon Mini yang diumumkan pada bulan Julai yang lalu secara teorinya merupakan telefon pintar pertama didunia ( sebelum pelancaran Huawei Mate S dan Apple iPhone 6s) dengan teknologi skrin paparan ‘Force-Touch’ yang mampu mengesan jumlah tekanan yang dikenakan oleh jari anda pada skrin paparan.

Axon Mini dilihat tidak hanya bergantung kepada teknologi ini untuk berjaya didalam pasaran yang sangat sengit, ianya turut hadir dengan reka bentuk dan spesifikasi dalaman yang menarik.

Axon Mini hadir dengan skrin paparan HD penuh AMOLED 2.5D berukuran 5.2-inci, pemproses Snapdragon 615, Adreno 405GPU, 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

ZTE AXON MINI MALAYSIA

Selain itu, Axon Mini juga hadir dengan kamera utama 13MP dengan teknologi pemfokusan PDAF yang mampu melakukan fokus didalam masa 0.1saat, kamera selfie 8MP, bateri berkapasiti 2,800 mAh akan hadir didalam tiga warna aiitu emas ion, perak dan emas ros ( mesti anda terfikir akan iPhone 6s).

Seperti yang kami katakan, reka bentuk Axon Mini sangat mengagumkan, reka bentuk aluminium-titanium yang dimiliki oleh Axon Mini ini adalah menggunakan besi yang digunakan didalam industri kapal terbang ( menggunakan teknologi yang sama seperti pada Boeing 787 Dreamliner). selain itu, Axon Mini juga mempunyai profil yang sangat nipis iaitu hanya 3.5mm.

Axon Mini akan ditawarkan dengan harga penjualan $379 (RM 1,569) bagi warna perak dan emas ion manakala bagi versi emas ros, harga penjualanya adalah $399 (RM 1,652).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.