Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia Z5 Premium dibuka untuk tempahan – RM 3,099

xperia z5 premium dual malaysia
Sony Mobile Malaysia secara rasminya telah membuka tempahan bagi telefon pintar Xperia Z5 Premium. Sony sebelum ini telah melancarkan kesemua siri Xperia Z5 dipasaran tempatan iaitu Xperia Z5 Dual, Xperia Z5 Compact.

Sony Xperia Z5 Premium akan mempunyai harga penjualan RM 3,099 dan bagi anda yang membuat tempahan di pameran 11Street yang diadakan di Lot 10 Bukit Bintang akan menerima satu unit jam pintar Sony Smartwatch 3 bernilai RM 1,099 secara percuma ( bagi 50 orang pertama).

Selain itu, jika anda tidak dapat hadir ke pameran 11Street ini anda boleh membuat tempahan secara terus dilaman sesawang 11Street dan harus kami ingat anda tidak akan menerima jam pintar Sony Smartwatch secara percuma namun anda akan menerima hadiah percuma bernilai hampir RM 1,200.

Selain itu, bagi pembeli telefon pintar siri Xperia Z5 dipameran 11Street yang kini sedang berlansung ini juga akan menerima hadiah percuma bernilai hampir RM 2,000.

Sony Xperia Z5 Premium adalah telefon pintar pertama didunia yang hadir dengan skirn paparan 4K yang memberikan pengguna skrin paparan dengan kepadatan piksel mencecah 809ppi.

Sony Xperia Z5 Premium akan ditawarkan didalam warna warna emas, hitam dan krom. Xperia Z5 Premium adalah satu-satunya telefon pintar dipasaran yang hadir dengan warna krom.

tempahan melalui 11Street boleh dibuat disini

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.