Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia 5 V akan dilancarkan secara rasmi pada 1 September ini

Sony secara rasminya telah mengesahkan bahawa Xperia 5 V akan dilancarkan pada 1 September ini iaitu tepat satu tahun selepas pelancaran Xperia 5 IV.

Majlis pelancaran ini akan disiarkan secara langsung melalui YouTube Sony bermula jam 3 petang waktu Malaysia.

Selain itu, Sony juga telah berkongsi video singkat yang bercakap mengenai kemampuan kamera ini pada waktu malam dan siang. Sony Xperia 5 V juga telah disahkan akan mempunyai sistem dual-kamera.

Selain itu, telefon pintar terbaru Sony Xperia ini juga akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2, sehingga 16GB RAM dan pengecasan pantas 33W.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.