Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony SmartWatch 3 kini ditawarkan di Malaysia – dari RM1,099

SmartWatch-3-steel-Sony mobile malaysia
Sony Mobile pada majlis pelancaran siri Xperia Z5 di Malaysia juga telah mengumumkan penawaran jam pintar terbaru mereka iaitu Sony SmartWatch 3.

Jam pintar Sony SmartWatch 3 ini hadir dengan sistem operasi Android Wear yang disokong pada peranti Android dan baru- baru juga telah disokong oleh peranti iOS. Sony SmartWatch 3 hadir dengan reka bentuk seaakan-akan Apple Watch dan juga mewarisi sedikit kelebihan yang dimiliki oleh telefon pintar mereka seperti kebolehan kalis air dan habuk IP68.

SmartWatch-3-steel-Sony mobile malaysia-1

Sony SmartWatch 3 ini ditawarkan didalam dua versi yang hanya dibezakan dengan tali. SmartWatch 3 yang hadir dengan tali jam berasaskan kulit ditawarkan pada harga RM 1,099 manakala tali jam berasaskan besi pula akan mempunyai harga RM 1,399

Sony SmartWatch 3 ini kini sudah boleh didapati daripada pengedar sah Sony diseluruh negara dan anda juga boleh membelinya secara atas talian laman sesawang rasmi Sony Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.