Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony mengesahkan pelancaran produk baru di CES 2016

sony ces 2016

Sony secara rasminya telah mengumumkan bahawa sidang media CES 2016 Sony akan diadakan pada 5 Januari 2016 iaitu pada pukul 5 petang waktu tempatan.

Berdasarkan gambar yang disertakan dengan pengumuman ini, Sony dikatakan akan memperkenalkan beberapa peranti baru didalam beberapa kategori iaitu telefon pintar, televisyen, kamera digital DSLR, headset VR dan beberapa lagi produk yang tidak dapat kami sahkan identitinya.

Walaupun Sony baru beberapa bulan lalu memperkenalkan generasi baru telefon pintar utama mereka iaitu Sony Xperia Z5, Z5 Compact dan Z5 Premium. Gambar ini memberikan kita petunjuk bahawa akan ada lagi model telefon pintar baru daripada Sony.

Selain itu, kita juga mungkin akan dapat menyaksikan pelancaran TV baru yang dilihat sangat nipis, headphone dan kamera digital.

Imbas kembali kepada CES tahun lalu, Sony telah melancarkan jam pintar Sony Smartwatch 3 dan pemain muzik NW-ZX2.

Bercakap mengenai telefon pintar yang mungkin diperkenalakna di CES ini, Sony mungkin akan memperkenalkan model telefon pintar dengan reka bentuk premium yang diletakkan sebagai model kelas pertengahan dan bukanya pengganti kepada model telefon pintar utama mereka yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia kira-kira sebulan lalu.

Jika Sony bertindak melancarkan model baru telefon pintar utama mereka, kami pasti ramai pengguna akan mempunyai rasa tidak puas hati terhadap strategi syarikat gergasi Jepun ini.

CES 2016 akan berlangsung di Las Vegas mulai 6 sehingga 9 Januari 2016.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.