Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony umumkan versi baharu PlayStation 5 yang lebih ringan dan nipis

Sony secara rasminya telah mengumumkan versi baharu konsol permainan PlasStation 5 selepas hampir tiga tahun dipasaran.

PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition kini adalah lebih kecil secara keseluruhanya iaitu sebanyak 30% berbanding edisi sebelum ini dan ianya 18% dan 24% lebih ringan. Sony juga telah beberapa kali memperkenalkan edisi yang lebih kecil dan ringan namun tanpa sebarang pengumuman.

Selain itu, konsol baharu juga kini menyokong pembukaan panel berasingan yang memberikan anda akses untuk memasang pemacu Ultra HD Blu-ray yang boleh dibeli berasingan pada harga $80 (RM 378) dan dipasang pada PS5 Digital Edition yang baharu ini atau menggantikan pemacu yang rosak.

Selain itu, PlayStation 5 masih ditawarkan didalam warna putih sahaja dan anda boleh membeli panel berwarna lain yang tampil didalam beberapa warna menarik pada harga $55 (RM 259)

Satu lagi perubahan adalah ianya tampil dengan stand yang baharu namun hanya boleh diletakkan secara menegak. Jika mahu meletakkan PS5 anda secara mendatar, anda harus membeli stand yang berasingan pada harga $30.

Dalam pada itu, storan dalaman PlayStation 5 ini kini tampil dengan storan penuh 1TB dan bukanya 825GB seperti pada edisi sebelum ini.

Akhir sekali, PlayStation 5 edisi baharu ini akan ditawarkan mulai bulan November pada harga seperti berikut :

PS5 Disc Edition  – $499.99 (RM 2,362)

PS5 Digital Edition – $ 449.99 (RM 2,162)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.