Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Celcom kini menawarkan petrol percuma kepada pelanggan mereka

Celcom kini menawarkan petrol percuma kepada pelanggan mereka 1

celcom-percuma-petrol-xpax-first

Jika bulan lalu, kesemua pelanggan Celcom yang terpilih telah menerima tiket wayang bernilai satu ringgit secara percuma, bulan ini Celcom kembali dengan tawaran yang lebih hebat iaitu kesemua pelanggan Celcom yang layak akan menerima petrol percuma.

Untuk melayakkan pelanggan Celcom mendapatkan petrol percuma ini , pelanggan Xpax hanya perlu melanggan mana-mana pelan Internet bulanan.

Bagi pelanggan pelan pascabayar pula, pelanggan baru yang melanggani First iaitu First Gold dan First Blue akan menikmati petrol percuma ini.

Pelanggan sediada yang ingin beralih kepada pelan Celcom yang baru ini juga akan menerima pemberian petrol percuma ini manakala bagi pelanggan yang berada pada pelang Celcom FiRST yang lain turut akan ditawarkan pemberian petrol percuma ini apabila anda melanggani pelan internet bulanan.

Selain itu, bagi pelanggan postpaid yang sediada, anda juga boleh mendapat tiket wayang percuma dengan membeli kuota internet tambahan Max Up.

Cara untuk mendapatkan petrol percuma ini adalah sangat mudah, apabila anda telah layak mendapat pemberian petrol percuma ini, anda akan menerima satu sms yang mengandungi kod pemberian petrol.

Anda hanya perlu mengujungi mana-mana kedai Celcom Blue Cube yang terpilih untuk mendapatkan kad hadiah petrol ini.celcom percuma petrol-2

Jika anda masih belum jelas berapakah jumlah petrol percuma yang akan diterima oleh anda, ianya adalah petrol RM 30 daripada Petronas.

Walaubagaimanapun, anda harus menjadi 2,750 yang melakukan tebusan dan anda boleh menebus pemberian ini bila-bila namun hanya sehingga 1 Februari 2016. Tebusan petrol percuma boleh dilakukan mulai 16 Januari ini.

Untuk senarai kedai Celcom Blue Cube anda boleh lihat di sini

celcom-percuma-petrol-xpax-first-2 celcom percuma petrol-3 celcom percuma petrol

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.